Selamat Datang.
Blog ini ialah ruangan bagi kerja-kerja sastera saya.
Komenlah sebelum kamu pergi. [:
, Azlinda.
ini blog sastera saya! |
HELLO! Selamat Datang. Blog ini ialah ruangan bagi kerja-kerja sastera saya. Komenlah sebelum kamu pergi. [: , Azlinda. saya, dan aku. Saya Azlinda bte Abdul Aziz, dari kelas 3M2, Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang. Ingat kawan-kawan, yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang. [:
Monday, February 2, 2009
Di Arab , syair ialah shiir, dan ia khusus bagi bahasa Arab. `Empat baris (satu cerita) `8-12 suku kata `Bahasa segar `Hujung rima -> a-a-a-a. contoh cara membuat syair; 1. Nama saya Abdul Manaf. 2. Isteri saya seorang guru. 3. Anak saya dua orang. 4. Muhamad Faiz & Nurul Rasyidah. Syair~ Abdul Manaf nama saya, Isteri says guru juga, Muhamad Faiz Nurul Rasyidah, Kedua-dua anak saya. Syair-Syair Kekawan! Khairuddin: 1. Permainan komputer hibur hati. 2. Boleh dimain pada masa lapang. 3. Tetapi tidak boleh keterlaluan. 4. Beri lebih tumpuan pada pelajaran. Syair~ Permainan komputer menghibur hati, Bila-bila masa bila-bila hari, Kalau bermain usah lupa diri, Pada pelajaran tumpuan diberi. Ridzwan: 1. Saya suka bermain permainan komputer. 2. Setiap kali saya mula main, mesti rasa seronok. 3. Walaupun seronok, mesti penat mata saya. 4. Namun, saysa tidak akan bosan main berulang kali. Syair~ Permainan komputer saya gemari, Sangat seronok setiap kali, Mata akan penat saya rasai, Tidak akan bosan sama sekali. Syazana: 1. Warung Pak Said menjual kelapa. 2. Air kelapa enak rasanya. 3. Terkenal kerana harganya yang murah. 4. Ramai orang menggemarinya. Syair~ Pak Said menjual kelapa, Enak rasa air kelapanya, Terkenal kerana murah harganya, Ramai orang datang membelinya. (:
2:57 AM
kekawan dan guru
CIKGU!
Cikgu Manaf KEKAWAN! 'Amirah Allisa Asyur Faris Haziq Khairuddin Mardhiyyah Ridzwan Shahirah Shalinah Syafiq Syafiqah Shahirah past
terimakasih.
|