ini blog sastera saya!
HELLO!


Selamat Datang.
Blog ini ialah ruangan bagi kerja-kerja sastera saya.
Komenlah sebelum kamu pergi. [:
, Azlinda.
saya, dan aku.


Saya Azlinda bte Abdul Aziz, dari kelas 3M2, Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang.
Ingat kawan-kawan,
yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang. [:

Friday, January 9, 2009

Pada kelas sastera yang baru berlalu minggu lepas, Cikgu Manaf telah memainkan lagu yang mengandungi pantun didalamnya, seperti berikut:

Irama: Ghazal
Lagu: Seri siatan


Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan.
Biarpun jauh beribu batu,
Hilang di mata di hati jangan.

Kalau tidak selendang Bali,
Serindit maka kelapa muda.
Kalau tidak kanang sekali,
Kenang sedikit adalah juga.


Selepas itu, beliau sedikit sebanyak menjelaskan perbezaan syair dan pantun kepada kelas. Di bawah adalah definasi pantun yang dipetik [dan diubahsuai] daripada lelaman web http://id.wikipedia.org/wiki/Pantun, termasuk pantun-pantun yang ada di bawah.


Lazimnya pantun terdiri atas empat larik (atau empat baris bila dituliskan), bersajak akhir dengan pola a-b-a-b (tidak boleh a-a-a-a, a-a-b-b, atau a-b-b-a). Pantun pada mulanya merupakan sastra lisan namun sekarang dijumpai juga pantun yang tertulis.


Semua bentuk pantun terdiri atas dua bagian: sampiran dan isi. Sampiran adalah dua baris pertama, kerap kali berkaitan dengan alam, dan biasanya tak punya hubungan dengan bagian kedua yang menyampaikan maksud selain untuk mengantarkan rima/sajak.


Ada pelbagai jenis pantun, contohnya seperti:

1. Pantun Adat

Lebat daun bunga tanjung
Berbau harum bunga cempaka
Adat dijaga pusaka dijunjung
Baru terpelihara adat pusaka


2. Pantun Nasihat

Kayu cendana diatas batu
Sudah diikat dibawa pulang
Adat dunia memang begitu
Benda yang buruk memang terbuang


3. Pantun Jenaka

Orang Sasak pergi ke Bali
Membawa pelita semuanya
Berbisik pekak dengan tuli
Tertawa si buta melihatnya


4. Pantun Peribahasa

Kerat kerat kayu diladang
Hendak dibuat hulu cangkul
Berapa berat mata memandang
Barat lagi bahu memikul


5. Pantun Agama

Daun terap diatas dulang
Anak udang mati dituba
Dalam kitab ada terlarang
Yang haram jangan dicoba

Ada beberapa lagi jenis pantun yang akan saya ketengahkan di dalam post seterusnya.

Adios! :]]

11:34 PM

komen-komen.


kekawan dan guru
CIKGU!

Cikgu Manaf

KEKAWAN!

'Amirah
Allisa
Asyur

Faris

Haziq

Khairuddin

Mardhiyyah

Ridzwan

Shahirah
Shalinah
Syafiq
Syafiqah
Shahirah


past
• January 2009 • February 2009


terimakasih.
Layout is by yours truly, basecodes are from thebikiniboy Whilst the host is blogger.