Selamat Datang.
Blog ini ialah ruangan bagi kerja-kerja sastera saya.
Komenlah sebelum kamu pergi. [:
, Azlinda.
ini blog sastera saya! |
HELLO! Selamat Datang. Blog ini ialah ruangan bagi kerja-kerja sastera saya. Komenlah sebelum kamu pergi. [: , Azlinda. saya, dan aku. Saya Azlinda bte Abdul Aziz, dari kelas 3M2, Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang. Ingat kawan-kawan, yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang. [:
Monday, February 2, 2009
Di Arab , syair ialah shiir, dan ia khusus bagi bahasa Arab. `Empat baris (satu cerita) `8-12 suku kata `Bahasa segar `Hujung rima -> a-a-a-a. contoh cara membuat syair; 1. Nama saya Abdul Manaf. 2. Isteri saya seorang guru. 3. Anak saya dua orang. 4. Muhamad Faiz & Nurul Rasyidah. Syair~ Abdul Manaf nama saya, Isteri says guru juga, Muhamad Faiz Nurul Rasyidah, Kedua-dua anak saya. Syair-Syair Kekawan! Khairuddin: 1. Permainan komputer hibur hati. 2. Boleh dimain pada masa lapang. 3. Tetapi tidak boleh keterlaluan. 4. Beri lebih tumpuan pada pelajaran. Syair~ Permainan komputer menghibur hati, Bila-bila masa bila-bila hari, Kalau bermain usah lupa diri, Pada pelajaran tumpuan diberi. Ridzwan: 1. Saya suka bermain permainan komputer. 2. Setiap kali saya mula main, mesti rasa seronok. 3. Walaupun seronok, mesti penat mata saya. 4. Namun, saysa tidak akan bosan main berulang kali. Syair~ Permainan komputer saya gemari, Sangat seronok setiap kali, Mata akan penat saya rasai, Tidak akan bosan sama sekali. Syazana: 1. Warung Pak Said menjual kelapa. 2. Air kelapa enak rasanya. 3. Terkenal kerana harganya yang murah. 4. Ramai orang menggemarinya. Syair~ Pak Said menjual kelapa, Enak rasa air kelapanya, Terkenal kerana murah harganya, Ramai orang datang membelinya. (:
2:57 AM
Thursday, January 29, 2009
Kesusasteraan-ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa Perkataan "kesusasteraan" berasal dari bahasa Sanskrit. -Berasal dari cantuman dua perkataan Sanskrit, "su" dan "sastra". -Apitan "ke....an" untuk bentuk kata nama -Su = baik, indah, cantik, berguna -Sastra = karya (lisan/bertulis) atau buku -Susastra = karya (lisan/bertulis) yang indah dan berguna -Kesusasteraan = semua bentuk karya bernilai seni dan berguna Inilah yang diterangkan oleh Cikgu Sazali hari itu semasa beliau menggantikan Cikgu Manaf kerana beliau tidak dapat hadir pada waktu itu. Beliau juga menerangkan fungsi dan ciri-ciri kesusasteraan.
Labels: kesusasteraan
4:48 AM
Monday, January 19, 2009
Pantun Berkait. Tadi di kelas, Cikgu membaca empat rangkap pantun ini yang mengisahkan sedikit tentang Sir Stamford Raffles. Beliau juga memberitahu kita tentang pengalamannya semasa di universiti dan sebagainya. Inilah pantun yang telah Cikgu bacakan tadi di kelas: 1. Burung belibis di atas lantai, ____Buah rambai dalam padi; Tuan Raffles orang yang pandai, ____Tahu sungguh mengambil hati. 2. Buah rambai dalam padi, ____Lazat cita pula rasanya; Pandai sungguh mengambil hati, ____Serta dengan budi bahasanya. 3. Lazat cita pula rasanya, ____Jeruju dengan durinya; Serta dengan budi bahasanya, ____Setuju pula dengan isterinya. 4.Jeruju dengan durinya, ____Di tepi jalan orang berlari; Setuju pula dengan isterinya, ____Seperti bulan dengan matahari. Dipetik dari: Karya Agung Pantun Melayu, 2001.
3:07 AM
Friday, January 16, 2009
Ghazal Pulau Pinang ; Rangkap 1. Pulau Pisang rumah api, -8 suku kata {pembayang} Pedoman kapal berlayar malam; -10 suku kata {pembayang} Sebelum ajal berpantang mati, - 10 suku kata {maksud} Walau tercampak lautan dalam. - 10 suku kata {maksud} Rangkap 2. Pedoman kapal berlayar malam, - 10 suku kata {pembayang} Sarat bermuat buah keranji; - 10 suku kata {pembayang} Walau tercampak lautan dalam, - 10 suku kata {maksud} Tidakku lupa segala janji. - 10 suku kata {maksud} Rangkap 2 ialah Pantun Berkait. Baris 2: Rangkap 1 ialah Baris 1: Rangkap 2. - [Pedoman kapal berlayar malam,] Baris 4: Rangkap 1 ialah Baris 3: Rangkap 2. - [Walau tercampak lautan dalam,] Struktur Pantun; 1. Empat baris bagi setiap rangkap. 2. 2 baris pertama pembayang, dan 2 baris terakhir ialah maksud. 3. Suku kata di akhir baris 1 & 3 mesti sama dan suku kata di akhir baris 2 & 4 mesti sama. Inilah lagu yang telah Cikgu mainkan tadi di kelas. :)
3:30 AM
Wednesday, January 14, 2009
12:10 AM
Friday, January 9, 2009
Pada kelas sastera yang baru berlalu minggu lepas, Cikgu Manaf telah memainkan lagu yang mengandungi pantun didalamnya, seperti berikut: Irama: Ghazal Lagu: Seri siatan Pucuk pauh delima batu, Anak sembilang di tapak tangan. Biarpun jauh beribu batu, Hilang di mata di hati jangan. Kalau tidak selendang Bali, Serindit maka kelapa muda. Kalau tidak kanang sekali, Kenang sedikit adalah juga. Selepas itu, beliau sedikit sebanyak menjelaskan perbezaan syair dan pantun kepada kelas. Di bawah adalah definasi pantun yang dipetik [dan diubahsuai] daripada lelaman web http://id.wikipedia.org/wiki/Pantun, termasuk pantun-pantun yang ada di bawah. Lazimnya pantun terdiri atas empat larik (atau empat baris bila dituliskan), bersajak akhir dengan pola a-b-a-b (tidak boleh a-a-a-a, a-a-b-b, atau a-b-b-a). Pantun pada mulanya merupakan sastra lisan namun sekarang dijumpai juga pantun yang tertulis. Semua bentuk pantun terdiri atas dua bagian: sampiran dan isi. Sampiran adalah dua baris pertama, kerap kali berkaitan dengan alam, dan biasanya tak punya hubungan dengan bagian kedua yang menyampaikan maksud selain untuk mengantarkan rima/sajak. Ada pelbagai jenis pantun, contohnya seperti: 1. Pantun Adat Lebat daun bunga tanjung Berbau harum bunga cempaka Adat dijaga pusaka dijunjung Baru terpelihara adat pusaka 2. Pantun Nasihat Kayu cendana diatas batu Sudah diikat dibawa pulang Adat dunia memang begitu Benda yang buruk memang terbuang 3. Pantun Jenaka Orang Sasak pergi ke Bali Membawa pelita semuanya Berbisik pekak dengan tuli Tertawa si buta melihatnya 4. Pantun Peribahasa Kerat kerat kayu diladang Hendak dibuat hulu cangkul Berapa berat mata memandang Barat lagi bahu memikul 5. Pantun Agama Daun terap diatas dulang Anak udang mati dituba Dalam kitab ada terlarang Yang haram jangan dicoba Ada beberapa lagi jenis pantun yang akan saya ketengahkan di dalam post seterusnya. Adios! :]]
11:34 PM
Thursday, January 8, 2009
Selamat Datang!
3:47 AM
kekawan dan guru
CIKGU!
Cikgu Manaf KEKAWAN! 'Amirah Allisa Asyur Faris Haziq Khairuddin Mardhiyyah Ridzwan Shahirah Shalinah Syafiq Syafiqah Shahirah past
terimakasih.
|